The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan
Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

19 March 2013

新しい人生へ (To The New Life)

Still a few days to go before my departure (at Thursday, March 21)

And so, there's a mix of feelings (relief, joyfulness, scariness, fear), for that anything could happen, as well as the responsibility been carried (as a Malaysian, on top of that, a Muslim, in a foreign land)   

For that, need to do lots of things for the preparation (physical, spiritual, emotion, intellectual) for Japan 

(The pictures just tell a fraction of it)

Packing stuffs 

To be shipped to Japan

Among the stuffs
(courtesy of my friend for this pic)

The cooking experiment (along with my experimental rice,...)

Among my spiritual supplementary
(along with the 'tafsir quran' and so on)

.................................
(not related to the topic.
But still, symbolizing that 'anything could happen')

Just composing a (supposed to be) poem, in Bahasa Melayu
(though some of the sentences are from my previous entry 'Peperiksaan', with some additional part)



And so, it's good luck and all the best for me...~


END

6 November 2010

Sepi Sendiri

Kebanyakan masa
Aku suka menyendiri
Kebanyakan orang tak perasan
Namun ada yang mengetahui.

Aku suka menyendiri
Bukan sebab aku kera sumbang
Bukan sebab aku antisosial
Suka menyendiri tak tentu pasal.

Aku suka menyendiri
Kerana apa yang aku alami
Penderitaan di sanubari
Depresi menguasai diri
Persekitaran mempengaruhi
Masalah silih berganti
Rakan dan taulan
Amanat dan tugasan
Ah! Aku dah tak boleh tahan lagi!

Aku suka menyendiri
Kerana apa yang aku perolehi
Duduk bersunyi diri
Merenung jauh melepasi logika
Menghayati keindahan alam semesta
Tanda keagungan Yang Maha Pencipta
Yang bijak mengatur dunia
Tanpa ada cacat cela
Yang tinggal hanyalah sempurna.

Sepanjang aku menyendiri
Terdetik persoalan di hati
Adakah semuanya kan berakhir tak lama lagi?

4 November 2010

Pulang

Pulang
Asrama ke rumah
Ada yang berkereta
Ada yang bersendiri saja
Tapi berhala tuju sama.

Pulang
Asrama ke rumah
Ada yang berkereta
Tentu seronok tak terhingga
Berasa senang sentiasa
Semuanya dah tersedia
Sedar-sedar rumah di depan mata.

Pulang
Asrama ke rumah
Ada yang bersendiri saja
Ada yang gembira
Sebab boleh berjalan ke mana saja
Selain galakan ibu bapa
Demi kesenangan mereka.

Tapi
Ada juga yang derita
Penat, lelah, mengah
Ada yang jadi gila!
Medium pengangkutan tak seberapa
Macam nak runtuh pun ada
Padatnya umpama sardin manusia
Rakusnya manusia sampai terlupa segala
Ah! Semua tu perkara biasa saja!
Keuntungan kiblat utama
Falsafah Adam Smith jadi pegangan
Tersemat rapi dalam diri
Dan mangsanya ialah diri ini
Dan entah berapa ramai lagi
Lemah tak bermaya
Dalam kepincangan suasana
Yang entah bila habisnya.

16 October 2010

ILINSA 3

Di sebalik keindahan mentari pagi
yang menyinari ufuk kejauhan
di sebalik keindahan bunga
yang berkembang mekar di jalanan
fikiranku meracau
hatiku menjadi risau
ia datang menghampiri
bukan hanya diriku
tapi semua yang sebayaku
era perjuangan sudah bermula
di alma mater ini.

Tapi sebelum itu
bersedialah kita
untuk menghadapi hari perjuangan ini
sediakan amunisi
perisai daripada kebingungan
apa-apa yang berguna
yang tiada, adakan
yang sedikit, banyakkan
yang lengkap, sempurnakan
mantapkan iman di dada
ilmu di kepala
supaya kita kan berjaya
kini dan selamanya.

Ayuh!

15 October 2010

DAULAT GURU

Daulat guru
bukan mainan
sekali terkena tulah
kesannya sepanjang masa
sehingga dimaafkan.

Daulat guru
bukan mainan
merbahaya sekali
menusuk di sanubari
membawa ke mati.

Daulat guru
bukan mainan
walau melimpah ilmu dimiliki
terkenamu sekali
semuanya takkan menjadi.

Daulat guru
bukan mainan
bukan mereka sengaja
tapi...angkara kita
sebahagian atau semua.

Daulat guru
bukan mainan
elakkanlah ia
laksanakan amanah mereka
jangan hampakan mereka.

Daulat guru
bukan mainan
masih sempat lagi
untuk memohon dimaafi
sebelum tiba hari perjuangan ini.

10 October 2010

ILINSA 12

I
Setelah sekian lama berusaha
akhirnya aku berjaya
mencipta sebuah pesawat
perentas ruang dan masa
untuk melihat masa depanku.

Tapi
usaha murniku ini
mendapat cemuhan
dan ejekan
dari kawan-kawanku sendiri.
Mereka mengatakan
aku ni gila
dan pelbagai lagi.
Mereka mengatakan
aku terlalu taksub
dengan hasil penulisanku
Al-Kitab Hikayat Al-ILINSA.

II
Sudah tiba masanya
untuk menguji pesawatku
sambil diiringi
cemuhan dan ejekan
dari kawan-kawanku sendiri.
Namun begitu
aku tetap meneruskannya.

Malang tidak berbau
petir menyambar pesawatku
segala instrumen menjadi ralat.
Aku cuba bertahan.
Tiba-tiba
pesawatku menghilang
dari pandangan kawan-kawanku.

III
Pesawatku muncul semula
di sebuah tempat
di kawasan pergunungan
yang tidak diketahui.
Pesawatku hilang kawalan
lalu terhempas.
Aku terselamat
tetapi cedera parah
lalu aku rebah
tidak sedarkan diri.

Aku kembali sedar
di sebuah rumah
tempat tinggalnya
seorang gadis bersama abangnya
Sarah dan Zamir namanya.
Diberitahu oleh mereka
apa yang sebenarnya berlaku.
Aku cedera parah
dan terpaksa tinggal di situ
buat sementara waktu.
  
IV
Beberapa lama kemudian
aku sembuh sepenuhnya
lantas aku mengambil keputusan
untuk menyiasat kedudukanku.

Di ruang tamu
aku terlihat dua potret manusia
Tuan Pemerintah
dan... aku.
Aku?
Biar betul ni?

Sarah yang terlihatku
terus datang kepadaku lalu berkata
mereka adalah orang-orang penting ILINSA.
ILINSA?
Apa semua ni?
Dan gambar kedua itu pula
adalah gambar pengasas ILINSA.
Tiba-tiba
Sarah tersedar sesuatu
lalu bertanya.
Awak ni siapa sebenarnya?
Awak datang dari mana?
Lalu aku memberitahu namaku
dan asalku
serta apa yang sebenarnya berlaku.
Sarah kemudian tersenyum gembira
lalu tunduk seraya berkata.
Kami tahu Tuan akan datang
dan membawa kemenangan kepada
ILINSA.

V
Aku dibawa ke pusat pentadbiran
di sebuah bandar
Puncak Alam namanya
ibu kota ILINSA
berbilang kaum rakyatnya
pelbagai bangsa pelbagai budaya
yang hidup aman sentosa.

Di sana
aku dibawa bertemu Tuan Pemerintah
lalu diceritakan segalanya tentang diriku.
Tuan Pemerintah kemudian berkata.
Memang benar!
Beliaulah yang kita tunggu selama ini
yang akan membawa kemenangan kepada kita.
Kemudian Tuan Pemerintah
jemaah menteri
juga Sarah dan Zamir
tunduk hormat kepadaku.

Sesungguhnya
Al-Kitab Hikayat Al-ILINSA
menyatakan tentang kehadiran Tuan
yang akan membawa kemenangan kepada kami
dan kini
Tuan telah tiba di sini.

Tanpa disedari
seluruh ILINSA
tunduk hormat kepadaku.

VI
Berita kehadiranku
sampai ke pengetahuan musuh.
Golongan anti-ILINSA
golongan yang suatu ketika dahulu
mencemuh dan mengejek
segala hasil kerjaku
yang akhirnya membentuk kerajaan
ILham INspirasi SAnubari.

Rancangan diatur
untuk membunuhku
kerana ILINSA tidak akan wujud
tanpaku.

VII
Sebuah buku diserahkan kepadaku
oleh Tuan Pemerintah sendiri.
Al-Kitab Hikayat Al-ILINSA
hasil penulisanku
asas kepada pembentukan ILINSA.
Beliau memberitahu
segala hasil penulisanku
pasti akan terjadi
dengan izin-Nya.

VIII
Tengah malam
pasukan khas musuh tiba di ILINSA
untuk menamatkan riwayat hidupku
dan mengubah salasilah ILINSA.

Di rumah
aku sedang meneliti hasil penulisanku.
Tiba-tiba
aku diserang hendap
musuh telah berjaya mengesanku.

Dalam kekalutan ini
Sarah dan aku berjaya menyelamatkan diri
sementara Zamir pula
terus menentang musuh-musuh itu
sehingga menemui syahid.
Mangsa pertama
penentangan terhadap ILINSA.

Berita kejadian itu
sampai ke pengetahuan Tuan Pemerintah
lalu darurat diisytiharkan
serta perintah berkurung
di seluruh ILINSA.
Pasukan keselamatan ditambah
dan diperbesar
untuk mengekalkan keamanan
dan mempertahankan negara.

IX
Tidak lama kemudian
musuh berjaya ditangkap
serta disiasat
dan hasilnya
memang sudah diduga.
Satu peperangan besar
akan berlaku tidak lama lagi.

Sifat ingin tahu
membawaku ke Galeri Perdana.
Di sana
terkandung segala fakta
dan salasilah ILINSA.

Di sana
seluruh fakta dikaji
sehinggalah fakta yang berikut.
Beberapa lama selepas kehilanganku
segala hasil kerjaku
diambil dan dipelihara
oleh sahabat-sahabatku yang setia
sebagai sumber rujukan
dan sumber inspirasi
dalam menyelesaikan masalah harian
hinggalah pada suatu ketika
pembentukan sebuah negara
berdasarkan hasil penulisanku

Aku berasa gembira
kerana segala hasil kerjaku
kini menjadi kenyataan
dan aku juga berasa sedih
kerana besar kemungkinan
aku tidak akan dan tidak boleh kembali
ke tempat asalku

Ikrarku
walau apapun yang terjadi
aku akan tetap mempertahankan
segala hasil usahaku
walau terpaksa mati sekalipun!

Tanpa disedari
Sarah berada disisiku
dan mendengar ikrarku
lalu berkata.
Walau apapun yang berlaku
kami akan tetap bersama Tuan
kami akan tetap melindungi Tuan
dan
kami akan tetap menyokong Tuan


X
Awal pagi yang hening
azan Subuh berkumandang
tiba-tiba
musuh mula membuka langkah
serangan udara dilancarkan
peperangan menentang ILINSA
bermula.

Seluruh ILINSA
bersatu padu
demi mempertahankan negara.
Serangan balas dilancarkan
bersama strategi
dibantu teknologi.

XI
Keadaan semakin genting
kekuatan ILINSA semakin berkurangan.
Bandar-bandar di ILINSA
jatuh satu persatu
ditawan musuh.
Sesuatu mesti dilakukan
atau ILINSA
hanya akan menjadi
sebuah fantasi.

Dalam kekalutan ini
aku teringatkan sesuatu
Al-Kitab Hikayat Al-ILINSA
hasil penulisan
yang pasti terjadi
dengan izin-Nya.

Bersenjatakan pena
aku mula menulis
tentang kepincangan musuh
serta berdoa
kepada Yang Maha Kuasa
sebagai usaha terakhir
untuk menyelamatkan ILINSA.

Tanpa diduga
berlaku letupan dahsyat berhampiranku
Sarah yang bersamaku terselamat
tetapi tidak aku.
Aku cedera parah
aku menjadi lemah
kudratku menyusut.
Namun
atas bantuan dan sokongan Sarah
aku meneruskan penulisanku.

Tanda noktah mengakhiri perjuanganku
aku tidak berdaya
untuk meneruskannya lagi.
Akhirnya aku rebah
tidak sedarkan diri.

Tiba-tiba
suatu keajaiban berlaku.
Pihak musuh mengundur diri
setelah kehilangan ketua mereka
mangsa kesilapan percaturan
mereka sendiri.

Kemenangan ILINSA
turut diiringi kesedihan.
Seorang mahasiswa
Pengasas ILINSA
telah pergi selamanya.
Seluruh ILINSA menjadi suram
menggambarkan kesedihan
di sanubari.

XII
Beberapa lama setelah kehilanganku
segala hasil kerjaku
diambil dan dipelihara
oleh sahabat-sahabatku yang setia
sebagai sumber rujukan
dan sumber inspirasi
juga sebagai batu asas
kepada apa yang akan berlaku
di masa muka.

Walau aku telah tiada
namun ILINSA
tetap di hati
sesiapa yang memahami.

ILINSA 5

Bumi kita
ibarat permata biru
dalam kegersangan kosmos
yang tidak terjangkau hujungnya.

Bersyukurlah kita
kerana dikurniakan-Nya Bumi
tempat tinggal kita yang satu
dengan kenikmatannya.

Tapi
apakah bodohnya Sang Manusia
yang sanggup merosakkan
tempat tinggalnya sendiri.
Kerosakan berleluasa
memusnahkan dunia
hasil kemaraan teknologi
buatan tangan kita sendiri.

Hari ini
Sang Bumi bersuara
katanya.
Aku bukan tempat tinggalmu seorang
tetapi semua yang berada di naunganku.
Aku bukan diwarisi
tetapi aku dipinjam
dari masa muka
demi kesejahteraanmu.

27 September 2010

TINTA SENJATA

Di dewan ini
hari ini
perjuangan tanpa suara
masing-masing terpaku
cuba membidik
kertas bercetak objektif
tinta sebagai senjata
memuntahkan amunisinya
biru atau hitam.

Di dewan ini
hari ini
perjuangan tanpa suara
masing-masing berjuang
ada yang berusaha
ada yang menanggung derita
ada yang hanyut, hilang
entah ke mana.

Di dewan ini
hari ini
perjuangan tanpa suara
masing-masing berusaha
demi menggapai impian di hati
demi pergi dari sini
dengan senyum dan tangis gembira
bukan yang duka.

26 September 2010

ILINSA 16

Dunia kini
menuju khatimah
menunggu tiba
penamat semua
dan hidup seterusnya.

Dunia kini
menuju khatimah
ditimpa petaka
celaka dan bencana
dari Yang Esa, demi manusia
kerana manusia.

Dunia kini
menuju khatimah
ukhwah, disisihkan,
Barat, dikiblatkan
Timur, dipalingkan
artis, dipuja
ulama, dihina
sekular, diamal digenggam erat
syariat, ditinggal dibiar lepas
akhirat, dibuat tak endah
dunia, direbut tanpa lengah
alamat dunia menuju khatimah.

Dunia kini
menuju khatimah
marilah semua wahai saudara
untuk berangkat ke Darul Mahsyar
demi bertemu dengan Ilahi
juga ketentuan yang hakiki.