Kebanyakan masa
Aku suka menyendiri
Kebanyakan orang tak perasan
Namun ada yang mengetahui.
Aku suka menyendiri
Bukan sebab aku kera sumbang
Bukan sebab aku antisosial
Suka menyendiri tak tentu pasal.
Aku suka menyendiri
Kerana apa yang aku alami
Penderitaan di sanubari
Depresi menguasai diri
Persekitaran mempengaruhi
Masalah silih berganti
Rakan dan taulan
Amanat dan tugasan
Ah! Aku dah tak boleh tahan lagi!
Aku suka menyendiri
Kerana apa yang aku perolehi
Duduk bersunyi diri
Merenung jauh melepasi logika
Menghayati keindahan alam semesta
Tanda keagungan Yang Maha Pencipta
Yang bijak mengatur dunia
Tanpa ada cacat cela
Yang tinggal hanyalah sempurna.
Sepanjang aku menyendiri
Terdetik persoalan di hati
Adakah semuanya kan berakhir tak lama lagi?

No comments:
Post a Comment