Dunia kini
menuju khatimah
menunggu tiba
penamat semua
dan hidup seterusnya.
Dunia kini
menuju khatimah
ditimpa petaka
celaka dan bencana
dari Yang Esa, demi manusia
kerana manusia.
Dunia kini
menuju khatimah
ukhwah, disisihkan,
Barat, dikiblatkan
Timur, dipalingkan
artis, dipuja
ulama, dihina
sekular, diamal digenggam erat
syariat, ditinggal dibiar lepas
akhirat, dibuat tak endah
dunia, direbut tanpa lengah
alamat dunia menuju khatimah.
Dunia kini
menuju khatimah
marilah semua wahai saudara
untuk berangkat ke Darul Mahsyar
demi bertemu dengan Ilahi
juga ketentuan yang hakiki.

No comments:
Post a Comment