"Macam mana sistem pemerintahan negara itu (Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye)?"
Hendak diceritakan secara lisan mungkin agak menyukarkan buat penulis dan juga pendengar. Maka penulis pun menghasilkan ini.
Info tambahan berkenaan rajah di atas:
- Merupakan ringkasan kepada keseluruhan rangkaian pentadbiran negara Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye (memandangkan versi penuh adalah terlalu rumit untuk digambarajahkan.
- Ketua Negara adalah dipilih oleh Majlis Mesyuarat yang akan bermesyuarat mengenai perkara tersebut setiap 5 tahun sekali ataupun dalam keadaan tertentu (seperti kematian Ketua Negara dan lain-lain).
- Ketua Negara tidak boleh bertindak sendiri melainkan dengan merujuk dan mendapat nasihat dan persetujuan Majlis Mesyuarat.
- Dalam masa peperangan, Ketua Negara akan mengepalai pasukan tentera (Angkatan Bersenjata Ilinsaiyye) dan menyertai pertempuran secara langsung menghadapi musuh.
- Jabatan Kehakiman adalah dipisahkan daripada struktur pentadbiran bagi memastikannya tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
- Setiap jabatan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kelancaran sistem pentadbiran. Tetapi dua atau lebih jabatan mungkin bekerjasama dalam sesetengah perkara (seperti kerjasama antara Jabatan Perhubungan Dan Komunikasi dan Jabatan Pertahanan bagi mencegah serangan siber).
Sebenarnya gambarajah tersebut bukanlah sebuah gambarajah yang benar-benar sempurna (gambarajah mungkin akan diubah sedikit mengikut kesesuaian).
SEKIAN DAHULU, DARI MEJA PENULIS.


xde org na komen ke? boku ga monku suru!
ReplyDeleteii ne.. hafiz san no kangae... =D
komento o ageta no wa, hontouni arigatou...~
ReplyDelete