Maka persoalan abang penulis kepada abang saudara penulis (yang sedang menuntut dalam bidang kulinari):
"Mane lagi best? Belajar dengan kuali ke dengan buku?"
Maka penulis menginterpretasikan (atau abang penulis memang memaksudkannya) 'kuali' dengan 'buku' secara berikut:
- Kuali: Pembelajaran secara vokasional (lebih kepada kaedah aplikasi, pertukangan,...)
- Buku: Pembelajaran melalui penelaahan terhadap buku, pengiraan, dan yang berkaitan
Secara jujurnya penulis adalah seorang yang suka 'belajar dengan kuali' (maksud penulis secara vokasional, melalui pertukangan, penggunaan alatan, lukisan, imaginasi,...). Penulis selesa 'belajar dengan kuali' memandangkan dengan cara itu penulis seolah-olah dapat 'melihat' segala cara dan perjalanan kerja yang sedang dilakukan, dengan bantuan imaginasi, seterusnya memudahkan kerja-kerja penulis (dan keadaan sebaliknya berlaku apabila penulis sedang melakukan perkara berkaitan matematik, biasanya). Walaupun penulis boleh (memang sedang) 'belajar dengan buku', tetapi memerlukan usaha yang lebih dan kadangkala, tersangkut dalam sesetengah perkara terutamanya berkaitan matematik.
Maka sebab itulah penulis mahir dalam subjek Lukisan Kejuruteraan sewaktu sekolah dahulu, dan sebaliknya dalam Matematik Tambahan.
Dalam soal pelajaran sekarang ini, penulis meletakkan 'belajar dengan kuali' itu sebagai 'backup' (ataupun sampingan) kepada 'belajar dengan buku' yang penulis sedang lalui sekarang ini, memandangkan situasi yang menyebabkan penulis 'terpaksa' memilih 'belajar dengan buku' (sekiranya penulis diberi kebebasan 100%, penulis tentu akan memilih 'kuali').
Tapi kadangkala hendak belajar dengan kuali juga memerlukan buku.
Tapi kadangkala hendak belajar dengan kuali juga memerlukan buku.
Tetapi, minat penulis masih tetap lagi dalam bab kejuruteraan, terutamanya sivil dan aeroangkasa (dan kini, penulis mula meminati bab persenjataan, tetapi buat masa sekarang hanya sebagai hobi).
Sebagai penutup.
Sebagai penutup.
Belakangan ini penulis mula meminati ketenteraan Soviet / Russia, dan sedang mengkajinya (secara tidak langsung), dan penulis tidak tahu kenapa.
SEKIAN DAHULU, DARI MEJA PENULIS.



No comments:
Post a Comment