Maka, stalker
Sememangnya kita semua adalah subjek yang sedang diperhatikan, makhluk yang sentiasa diperhatikan oleh Sang Pencipta dan juga segala makhluk ciptaan-Nya yang lain.
Maka kadangkala adalah suatu ketika seseorang itu merasakan bahawa dirinya sedang menjadi subjek pemerhatian oleh seseorang dengan niat atau (dan) minat (obsesi) tertentu terhadap orang yang diperhatikan itu.
Maka tujuannya pelbagai. Ada yang baik, tidak baik, serius, main-main, dan pelbagai lagi, dan dilakukan sama ada oleh lelaki, perempuan, dewasa, mahupun kanak-kanak.
Tentang tujuannya yang pelbagai itu:
- Mengintip pergerakan seseorang, mengkaji titik kelemahannya (biasanya dalam misi penyiasatan, mencari dan mengumpul maklumat bagi suatu misi yang hendak dilaksanakan).
- Mengintip pergerakan seseorang bagi suatu tujuan yang tidak diketahui, sama ada baik ataupun jahat.
- Ada juga dengan tujuan peribadi (mungkin kerana menyukai seseorang, menyukainya atau perkara berkaitan dengannya), maka dibuat pemerhatian ke atas orang itu (lelaki terhadap perempuan, ataupun perempuan terhadap lelaki).
Caranya pelbagai. Ada secara pemerhatian terus (visual contact) secara sembunyi, ataupun secara tidak terus (melalui pemerhatian terhadap segala rekod lisan seperti percakapan, atau bertulis yang ditinggalkan oleh orang yang diperhatikan itu seperti diari atau journal atau apa-apa yang berkaitan, dan juga melalui media sosial seperti Facebook), dan berlaku di mana-mana sahaja sama ada di tempat belajar, tempat kerja, di mana-mana sahaja yang boleh difikirkan. Maka mangsa yang menyedari hal ini (mungkin) akan merasakan bahawa berlakunya pencerobohan privasi terhadapnya, dan akan berasa terancam. Maka si mangsa (mungkin) akan berada dalam ketakutan, takutkan suatu perkara buruk mungkin akan berlaku kepadanya (mungkin juga suatu perkara baik, tetapi tidak diketahuinya, maka menjadi suatu perkara yang menghantui dirinya).
Maka perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. sebenarnya penulis turut merasainya (pemerhatian terhadap penulis oleh seseorang dengan suatu tujuan yang penulis tidak ketahui, dan penulis sedang berusaha memastikannya). Tetapi penulis tidak dapat memastikan sama ada ia sebuah fantasi ataupun realiti. Boleh jadi ia hanya sekadar perasaan penulis sahaja. Boleh jadi juga penulis memang benar-benar sedang diperhatikan.
Tetapi bukan selalu. Perkara ini berlaku kadangkala.
Walaupun penulis sedang cuba memastikannya, tetapi kebanyakan masa penulis tidak mengambil serius perkara ini, melainkan jika penulis benar-benar dapat memastikan tujuannya, maka barulah penulis akan bertindak.




No comments:
Post a Comment