Maka, pedang kayu ciptaan penulis.
Maka adalah pedang kayu ini suatu model (replika) kepada sejenis pedang yang penulis fikirkan dan namakan 'Switchblade' memandangkan bilahnya boleh dilipat masuk dan dilepaskan menggunakan sejenis mekanisme, sama seperti yang terdapat pada pisau lipat.
![]() |
| Pisau lipat |
Dalam kes pedang sebenar, pedang ini menggunakan sejenis mekanisme spring yang akan melancarkan pedang itu keluar dari ruang penyimpanannya (chamber) dengan menekan butang, dan butang itu boleh dikunci secara manual bagi mengelakkan bilah terlepas apabila butang itu ditekan secara tidak sengaja. Sewaktu dalam mod operasi, bilahnya boleh dikunci secara manual bagi memastikannya tidak terlipat masuk semula.
Pedang ini pada asalnya direka untuk tujuan yang sama seperti penciptaan pedang biasa. Tetapi ciri-ciri pada pedang ini yang agak kelainan (seperti bilah yang pendek) menyebabkannya tidak kelihatan seperti pedang tetapi lebih kepada tombak dan boleh direjam ke arah sasaran. Dan pedang ini juga boleh berfungsi sebagai belantan (batten) dalam kes bilahnya disimpan.
Info tambahan:
Pedang versi sebenar adalah pedang peribadi milik Ketua Negara Ilinsaiyye dan dibawa ke mana-mana sahaja untuk mempertahankan diri serta digunakan sebagai senjata sampingan sewaktu bertempur dengan musuh.
![]() |
| Lakaran pedang |
SEKIAN, DARI MEJA PENULIS.








No comments:
Post a Comment