The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

11 February 2012

Lukisan 2

Maka, lukisan yang baru sahaja dilukis penulis

'Pemandangan dari udara' Krimeiya, ibu kota Wilayah Krymeria, Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye.
(Teknik lukisan penulis telah menyebabkan berlakunya ketidakjelasan di sini)

'Lokasi' di mana lukisan ini dilukis.

Krimeiya, ibu kota Wilayah Krymeria, Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye

Berkenaan lukisan dan juga bandar itu:
  • Merupakan gambaran visual kedua negara imaginasi penulis, Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye. (penulis merancang untuk menghasilkan lebih banyak gambaran visual dalam bentuk lukisan dalam jangka masa terdekat ini.)
  • Menunjukkan bandar Krimeiya yang juga merupakan ibu kota Wilayah Krymeria dari ketinggian 2000 meter dari aras laut.
  • Bandar ini terletak di antara Tasik Krym (kanan bawah lukisan)  dan juga banjaran gunung yang membentuk Tanah Tinggi Asmira - Dar Al-Abadiyyah (dinamakan bersempena nama dua buah wilayah, Asmira dan Dar Al-Abadiyyah yang terletak di situ).
  • Bandar Krimeiya pada masa itu sedang mengalami cuaca cerah sederhana pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan. Meski berada di aras laut, bandar itu seringkali mengalami suhu sejuk (suhu pada masa itu dianggarkan sekitar 17 darjah Celsius) disebabkan pergerakan udara dari tanah tinggi menuruni kawasan tanah rendah.
  • Meskipun lukisan itu tiada nama khusus, rakan penulis di AAJ seringkali menggelarkannya 八山 (hachi yama - Lapan Gunung) memandangkan terdapat 8 buah puncak gunung pada lukisan itu. (kesan pengeditan menyebabkan hanya 7 buah puncak sahaja yang kelihatan.)
Sebenarnya lukisan ini mempunyai kaitan dengan entri penulis sebelum ini: Lukisan.




4 comments:

  1. wah.... suatu hari nanti, aku pasti (inshaAllah) ada orang boleh buat anime/cerita berplotkan tempat ni.... hooyeah~ :)

    ReplyDelete
  2. Azree: haha, trimas...
    sebenarnye aku dah terbayangkan dah citer pasal tempat ni...~

    ReplyDelete
  3. Ukhti: haha...minda, sesuatu yang menarik kan..??

    ReplyDelete