The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

17 January 2012

Lukisan

Lukisan. Sejenis kesenian. Sejak dahulu lagi lukisan telah memainkan peranan yang penting seperti juga tulisan. Lukisan merupakan suatu cara bagi menggambarkan sesuatu idea, suatu bentuk penceritaan perasaan dan pengalaman, dan juga suatu cara bagi menyampaikan mesej-mesej tertentu secara 'non-direct' (secara kiasan), dan juga pelbagai tujuan lain.

Setiap lukisan boleh jadi sama dan boleh juga jadi berbeza (mengikut pemerhati). Pandangan terhadap lukisan  juga boleh jadi begitu. Ada yang menganggapnya cantik dan sejuk mata dipandang. Ada juga yang menganggapnya buruk dan menyakitkan mata. Ada juga yang tidak menganggap apa-apa (tiada perasaaan).

Maka penulis adalah seorang yang minat melukis dan memiliki bakat melukis (melainkan bentuk figura hidup seperti manusia dan lain-lain). Kebanyakan lukisan penulis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam benak pemikiran penulis (seperti pemandangan, struktur, dan lain-lain).

Antara hasil nukilan penulis yang kini ditampal di sebelah meja belajar penulis.
(Lukisan yang terletak di bahagian kanan atas itu sebenarnya bukan lukisan, tetapi merupakan kaligrafi Jepun)

Maka, antara lukisan yang dilukis penulis.

Lukisan tangan sebenar.


Setelah diedit.

Maka, sebuah lukisan yang menunjukkan pemandangan ke arah timur laut Puncak Alam (bukan yang terletak di Selangor), pusat pemerintahan Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye.

'Lokasi' dari mana gambar ini dilukis / pemandangan ini dilihat.

Lokasi terletak di tebing barat daya Tasik Puncak Alam
(bintang berbucu lapan berwarna hitam)

Kekadang penulis merasakan gambar itu merupakan sesuatu yang sungguh bermakna memandangkan ia adalah satu-satunya pemandangan 'visual' keadaan negara imaginasi penulis, ditambah pula dengan segala perincian yang dilakukan bagi menunjukkan keadaan sebenar di negara tersebut.

Berkenaan lukisan itu:
  • Merupakan satu-satunya gambaran visual negara imaginasi penulis, Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye
  • Mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk disiapkan.
  • Menunjukkan suasana pemandangan Puncak Alam yang sebahagian besarnya dilitupi hutan pokok pain (hutan beriklim sejuk memandangkan lokasinya di tanah tinggi).
  • Gunung yang terletak di bahagian kanan lukisan itu setinggi lebih kurang 2210 meter dari aras Puncak Alam (4130 meter dari aras laut) dan terletak kira-kira 8 kilometer dari pinggir bandar tersebut.
  • Dua struktur besar menjadi mercu tanda bandar tersebut iaitu Kompleks Seri Ilinsaiyye (pusat pemerintahan negara itu) dan juga Masjid al-Hadid (Masjid Besi).
  • Bandar Puncak Alam pada masa itu sedang berada dalam waktu pagi dengan cuaca cerah, dengan waktu tempatan pada jam 8.45 pagi dan suhu dianggarkan sekitar 16 darjah Celsius.
Sebenarnya, lukisan ini merupakan lukisan 'versi kedua', memandangkan lukisan versi pertama telah diberikan kepada seorang rakan penulis yang berminat dengan lukisan itu.

Sebagai penutup





No comments:

Post a Comment