Maka tamat sudah peperiksaan akhir semester I AAJ (juga tamatlah sudah pembelajaran semester I AAJ).
Maka cuti seminggu pula menyusul demi melepaskan lelah belajar (sebenarnya cuti seminggu itu boleh dikatakan agak 'singkat' jika dibandingkan dengan pelajaar-pelajar kursus lain, berdasarkan perbandingan dengan kawan-kawan penulis).
Maka selepas cuti seminggu ini, semester II pula menyusul, dan penulis dapat mengagak apa yang bakal terjadi di sem II nanti (berdasarkan pemerhatian yang dibuat penulis terhadap guru-guru Jepun (日本人の先生) yang mengajar subjek di sem II, segala buku-buku yang diterima penulis Jumaat lepas (segala penerangannya dalam Bahasa Jepun, 日本語, termasuklah matematik, fizik, kimia dan tentunya Bahasa Jepun, kecuali Bahasa Inggeris), dan pelbagai lagi (penulis tidak dapat menerangkannya kerana dikhuatiri akan menjejaskan semangat penulis yang kini sudah pun mula...).
![]() |
| Sebahagian daripada buku-buku yang bakal digunakan di semester II nanti. (bila dilihat dari tepi dah macam komik manga pulak) |
Penutup
Satu gambar berkaitan dengan entri penulis sebelum ini: .Technically, Specifically,...
SEKIAN, DARI MEJA PENULIS.



No comments:
Post a Comment