The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

14 October 2011

Margin


(Menurut pandangan penulis)

Margin: Nilai toleransi (tolerance value) yang dibenarkan antara sasaran sebenar dengan apa yang dicapai.

Margin diadakan untuk:

  • mewujudkan satu ruang lingkup sasaran yang lebih besar, supaya mudah mencapai sasaran yang ditetapkan (dalam erti kata lain, mencapai sasaran walaupun ketepatannya kurang).
  • Sebagai satu persediaan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang melampaui kemampuan sesuatu (biasanya melibatkan peralatan, atau objek, seperti kapasitor).
  • Untuk mengurangkan nilai kesilapan (Error value. Selalunya melibatkan pengiraan fizik).
Contoh:
  • Kapasitor 100 Farad +/- 10%
Bermaksud nilai toleransi (tolerance value) kapasitor tersebut adalah sebanyak 10 Farad ((10/100) Farad X 100%).
  • Penetapan masa: 9.00 am +/- 15 min
Bermaksud berlaku sesuatu dalam julat masa 15 minit sebelum / selepas pukul 9.00 pagi.

Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai margin ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian tanpa disedari (sebenarnya perkataan 'lebih kurang ~ minit' juga merupakan satu bentuk margin). Tetapi biasanya margin ini (termasuklah perkataan 'margin') digunakan dalam bidang kejuruteraan, biasanya dalam proses pembuatan mesin, bangunan dan pelbagai lagi.

Tetapi penggunaan margin ini mestilah bukan sesuatu yang melampau. Perlu diambil kira juga adalam margin sesuatu perkara lain. Contoh mudah, penetapan masa. Dalam penetapan masa, perlu diambil kira juga antaranya ialah margin orang yang akan terlibat (maksud penulis, tahap toleransi orang terhadap sesuatu). Kedua-dua pihak mestilah mencapai situasi 'menang-menang' (kedua-dua pihak berpuas hati) dalam menetapkan masa (boleh jadi juga sesuatu perkara lain, tidak semestinya berkaitan masa sahaja).

Menurut penulis lagi, tahap kesabaran seseorang juga adalah satu bentuk margin kerana berkaitan dengan toleransi seseorang terhadap sesuatu. Tetapi margin seseorang dengan seseorang boleh menjadi berbeza mengikut individu (selalunya berkaitan dengan kekuatan spiritual dan mental seseorang itu. Lebih tinggi kekuatan spiritual dan mental, lebih tinggi tahap kesabaran (margin) seseorang itu).

Sebarang pendapat berunsur membina amatlah dihargai.

SEKIAN, DARI MEJA PENULIS.
                            

No comments:

Post a Comment