![]() |
| Sebenarnya tiada sebarang kaitan pun dengan gambar ini |
(Maksud Penulis)
...Menyatakan bahawa penulis mesti bertanggungjawab / menerima segala macam akibat hasil daripada apa yang berlaku pada penulis kesan daripada segala macam perkara yang boleh / tidak boleh dikawal penulis tetapi boleh diambil tindakan oleh penulis untuk menangani perkara-perkara tersebut.
Antaranya:
- Sewaktu peperiksaan (boleh rujuk entri penulis: Cara Belajar)
- Sebarang perkara yang diramalkan akan berlaku (sama ada melalui mana-mana media ataupun pemerhatian penulis sendiri)
- Sebarang perkara yang tidak diduga dan berlaku secara tiba-tiba (selalunya melibatkan situasi kecemasan)
- Dan lain-lain lagi.
Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai 'falsafah' itu ada pada semua orang (sama ada orang itu sedar ataupun tidak, ataupun dengan nama yang berlainan). Cuma kekadang penulis agak mengambil mudah akan apa yang berlaku (seperti waktu hujan ataupun peperiksaan). Sebab itulah penulis menggunakan nama 'Bunuh Diri' bagi menegaskan bahawa penulis mesti mengambil berat akan segala perkara yang berpotensi meninggalkan kesan kepada penulis baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang.
Sebenarnya penulis banyak mempunyai falsafah tersendiri (mungkin sesetengah daripadanya mempunyai persamaan dengan pembaca entri ini) seperti cara pemakaian dan sebagainya. Jika penulis berkesempatan, penulis akan memasukkannya ke dalam entri penulis akan datang, Insya-Allah.
(entri ditulis sewaktu penulis sedang 'melibatkan diri' dengan peperiksaan akhir semester 1, AAJ.
がんばって!!!)


No comments:
Post a Comment