[Subtopik]
29 Julai 2011
Maka telah habis sudah peperiksaan pertengahan semester di AAJ. Maka penulis telah separuh mati menjawab kesemua soalan-soalan yang ditujukan kepada penulis (terutamanya Matematik & bahasa Jepun,日本語).
(subjek-subjek berikut disusun mengikut tahap kesusahan yang dialami sewaktu peperiksaan pertengahan semester lalu, menurut pandangan penulis);
- Matematik (paling susah)
- Bahasa Jepun,日本語
- Fizik
- Bahasa Inggeris
- Kimia (paling mudah)
Dan maka, penulis sekarang sedang menunggu keputuan yang akan diperoleh nanti (sedang bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan).
[Topik Utama]
Maka, penulis kini hendak menyenaraikan antara cara-cara penulis menuntut ilmu (belajar), sewaktu kelas dan juga sewaktu menghadapi peperiksaan:
- Dalam kelas: Tumpuan akan diberiksn sepenuhnya terhadap apa yang diajarkan oleh guru-guru yang mengajar. Tetapi tumpuan mungkin boleh lari ataupun hilang, bergantung kepada keadaan (seperti subjek yang diajar, persekitaran, dan juga keadaan diri). Subjek yang telah diajar akan diulangkaji semula selepas itu (bergantung kepada penulis)
- Sewaktu Peperiksaan: Ada tiga keadaan:
* Penulis akan membaca buku secara 'flashback' (sepintas lalu) demi mengembalikan segala memori yang (mungkin) tersimpan dalam otak penulis.
* Penulis akan mengalami satu situasi di mana penulis akan 'hilang' keupayaan untuk mengulangkaji pelajaran (seperti membaca buku dan membuat latihan tetapi tidak dapat memahami segala maklumat yang terkandung di dalamnya, terutamanya Matematik). Selalunya penulis akan 'belenggu' lalu tidak melakukan apa-apa aktiviti yang menampakkan penulis sedang mengulangkaji pelajaran, seterusnya menimbulkan tanggapan bahawa penulis 'relax' pada waktu sebegitu. (keadaan yang paling selalu berlaku pada penulis)
Tetapi apapun, semuanya bergantung kepada empunya diri. Sekian, dari meja penulis.
Nota: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...~
Nota: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...~

kau time exam memang relax manjang. pastu buat benda pelik2 dalam kelas.
ReplyDeletehaha... intereting...
ReplyDelete