Idea adalah apa pun hasil pemikiran seseorang ketika dia berfikir. Sering kali, idea ditafsirkan sebagai gambar perwakilan, iaitu gambar suatu objek. Dalam konteks lain, idea boleh dianggap sebagai konsep, walaupun konsep abstrak tidak semestinya muncul sebagai gambar.
Kemampuan untuk mencipta dan memahami makna idea dianggap sebagai ciri dan nilai penting dan manusia.
Selalunya, suatu idea muncul dalam cara spontan dan tiba-tiba, bahkan tanpa berfikir atau renungan yang serius, misalnya, ketika sedang berbicara mengenai idea seseorang atau suatu tempat, atau ketika sedang melakukan sesuatu perkara. Disebabkan idea datang secara tiba-tiba, adalah penting bagi seseorang itu itu merekodkan idea itu dengan kadar segera memandangkan sesetengah idea yang datang itu mungkin akan hilang begitu sahaja dan tidak akan muncul kembali selepas itu. Idea kadang kala boleh muncul bergantung kepada keadaan dan suasana, seperti ketika suasana tenang dan tiada sebarang gangguan. Ada juga sesetengah pendapat bahawa idea adalah akal dan juga ilham.
Tetapi, walaupun terdapat pelbagai pandangan mengenai apa yang dikatakan sebagai idea ini, idea memainkan peranan yang besar dalam perkembangan ketamadunan manusia kerana dengan idea, manusia berupaya mengatasi masalah yang melanda diri mereka seterusnya meningkatkan mutu kehidupan. Hal ini juga adalah sesuatu yang istimewa kepada hidupan di dunia ini yang bernama manusia kerana tidak dimiliki oleh hidupan yang lain. Oleh itu, manusia memikul tangungjawab yang besar demi menjaga kemakmuran dunia ini dengan idea yang dimiliki.


No comments:
Post a Comment