The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

25 February 2011

Brainwash



'Brainwash' (Basuhan Otak) merujuk kepada suatu proses terancang yang dilakukan oleh sekumpulan individu untuk memanipulasikan pemikiran individu yang lain dengan tujuan mengambil kesempatan ke atas individu yang dimanipulasikan. Brainwash juga dikenali sebagai 'Mind Control' (Pengawalan Minda) dan digunakan dalam apa sahaja teknik dan taktik yang bertujuan  mengubah perasaan dan kawalan individu terhadap pemikirannya, perasaannya, emosinya, dan kebolehannya untuk membuat keputusan.

Proses Brainwash ini biasanya digunakan oleh sesebuah organisasi untuk mendoktrinkan individu dengan tujuan melahirkan individu yang baru yang setia kepada organisasi. Berikut merupakan antara contoh organisasi yang diketahui / mungkin menjalankan proses Brainwash demi kepentingan sendiri:

  • Kerajaan: Sesetengah kerajaan melakukan proses ini untuk melahirkan rakyat yang memberikan kesetiaan penuh terhadap kerajaan yang memerintah.
  • Ketenteraan: Proses ini dilakukan dalam proses penyiasatan terhadap tawanan perang ataupun untuk membuatkan tawanan perang itu berpaling tadah dan setia kepada pihak musuh.
  • Keagamaan: Sesetengah organisasi keagamaan melakukan proses ini demi memastikan individu taat kepada pegangan agama tersebut ataupun untuk membentuk suatu ajaran yang baru.
Proses ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menjalankan proses berterusan yang melibatkan psikologi (biasanya berunsur penderaan psikologi yang dijalankan secara berterusan) dan juga dengan cara menggunakan peranti seperti cip doktrin yang ditanam ke dalam otak.

Tapi, selain cara-cara yang disebutkan tadi, terdapat pelbagai cara lain yang mungkin ramai yang tidak perasan berlaku sekarang ini.

Antara proses yang dimaksudkan adalah melalui TELEVISYEN, INTERNET, dan juga MEDIA-MEDIA LAIN yang mencetuskan PENYEBARAN BUDAYA BARU yang banyak berlaku sekarang ini.


Sama ada dilakukan dengan sengaja ataupun tidak, penulis percaya inilah kaedah Brainwash yang paling bahaya memandangkan masyarakat sekarang memiliki akses yang mudah kepada perkara-perkara tersebut melalui kemajuan dalam teknologi penyebaran maklumat yang memungkinkan seseorang menonton rancangan televisyen, melayari internet, ataupun melalui sebarang bentuk hiburan yang lain yang boleh mempengaruhi minda seseorang. Dan mungkin terdapat pihak-pihak tertentu di luar sana yang sedang merancang sesuatu ke atas kita, terutamanya ke atas pegangan kita, dan mungkin juga pegangan agama kita selama ini. Oleh itu, berhati-hatilah dan pastikan diri itu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling anda, kerana pada masa kini, pelbagai perkara boleh berlaku walaupun yang paling aneh sekalipun.





No comments:

Post a Comment