Tentang tulisan tangan penulis...
Tulisan tangan. Dalam sejarah manusia telah wujud pelbagai jenis tulisan tangan, masing-masing melambangkan identiti penulisnya. Ada yang cantik dan mudah dibaca. Ada juga yang perlu dibaca dengan sejumlah usaha.
Tentang tulisan tangan penulis, segalanya bermula berbelas-belas tahun dahulu, ketika penulis berada di tadika dan mula mempelajari cara menggunakan alat-alat tulis yang asas seperti pensel dan lain-lain. Malangnya, tiada rekod rasmi dan sebarang bukti yang dapat menunjukkan bagaimana rupa tulisan tangan awal penulis pada masa itu.
Masa terus berlalu dan penulis pun melalui alam sekolah rendah dengan tulisan tangan berdasarkan gaya tulisan zaman tadika yang diberi penambahbaikkan mengikut peredaran masa. Namun, segalanya berubah apabila penulis mula mempelajari tulisan berangkai. Sejak daripada itu, asas penulisan penulis mula berubah dan penulis mula menggunakan tulisan berangkai yang asas. Namun, kesukaran yang dihadapi untuk menggunakan tulisan berangkai itu menyebabkan penulis kembali menggunakan gaya tulisan sebelumnya tetapi dipengaruhi oleh gaya tulisan berangkai, seterusnya menjadikan tulisan tangan penulis yang menegak itu sedikit berangkai, secara tidak langsung menjadi asas kepada gaya tulisan penulis yang agak berangkai. Seperti juga pada zaman tadika, tiada rekod rasmi dan bukti yang dapat menunjukkan rupa tulisan tangan penulis pada masa itu.
Tempoh awal di sekolah menengah menyedarkan penulis bahawa segalanya perlu bergerak pantas, termasuklah ketika menulis. Maka dengan itu, gaya tulisan penulis sekali lagi mengalami perubahan demi disesuaikan dengan keperluan semasa. Namun demikian, perubahan inilah yang menyebabkan tulisan tangan penulis menjadi 'terkenal' sewaktu tiga tahun pertama penulis bersekolah di Kajang High School, terutamanya ketika subjek BM. Semua ini berlaku gara-gara saiz tulisan penulis yang kecil dan struktur tulisan yang agak sukar dibaca. Saiz dan struktur tulisan itu bukannya sesuatu yang disengajakan. Tetapi penulis mendapati gaya tulisan tersebut membolehkan penulis menulis dengan laju, terutamanya ketika menulis karangan yang perlu disiapkan dalam masa beberapa minit sahaja.
| Contoh sebenar tulisan penulis. Walaupun ia bukan tulisan dari Kajang High School, namun inilah contoh yang paling hampir yang masih lagi terpelihara dalam himpunan teks-teks lama penulis. |
Beberapa tahun kemudian, penulis menyambung pelajaran di SBP Integrasi Jempol. Pada mulanya penulis berhajat untuk memperbaiki gaya tulisan penulis bagi mengelakkan perkara sama yang berlaku di sekolah lama penulis berulang semula. Namun segalanya berubah gara-gara kehadiran seorang kawan penulis yang mendaftar di sekolah itu pada tahun yang sama tetapi kemudiannya berhenti beberapa bulan kemudian. Gaya tulisan pelajar tersebut secara tidak langsung menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi gaya tulisan penulis seterusnya menjadi asas kepada gaya tulisan penulis yang dapat dilihat pada hari ini.
| Huruf-huruf yang menjadi asas kepada gaya tulisan penulis, semuanya dipengaruhi gaya tulisan kawan penulis yang disebutkan itu. |
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah gaya tulisan itu, namun masalah sama di Kajang High School yang dialami penulis sewaktu bersekolah di sana juga menyebabkan penulis terpaksa mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dengan beberapa modifikasi, maka lahirlah tulisan berangkai rasmi terawal penulis seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut.
| Tulisan berangkai rasmi terawal penulis. |
Seperti juga di Kajang High School, tulisan ini juga tidak lepas daripada menjadi terkenal disebabkan saiznya dan juga struktur tulisannya yang menjadikannya teramat sukar untuk dibaca, ditambah juga dengan gaya penulisan penulis yang laju. Setelah menerima pelbagai tekanan disebabkan tulisan ini, akhirnya tulisan penulis dimodifikasikan semula. Namun demikian, penulis mula menyedari bahawa gaya tulisan itu semakin sukar untuk diubah dan akhirnya menjadi tulisan yang dapat dilihat pada hari ini.
| Tulisan penulis pada hari ini. |
Antara modifikasi yang jelas terdapat pada tulisan penulis adalah dua huruf berikut.
| 'f'' (kiri) dan 't' (kanan) |
Sebelum kedua-dua huruf ini dimodifikasikan, penulis sering menghadapi kesukaran sewaktu menulis kedua-dua huruf ini memandangkan penulis terpaksa memperlahankan kadar penulisan penulis bagi memastikan kedua-dua huruf tersebut lebih mudah dibaca. Namun, tindakan tersebut menyebabkan kadar penulisan penulis menjadi lebih perlahan seterusnya mengundang masalah dalam sistem yang memerlukan kelajuan tinggi. Masalah tersebut akhirnya diselesaikan dengan termodifikasinya kedua-dua huruf tersebut seterusnya menjadi seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
Walaupun telah mengalami perubahan sebanyak beberapa kali, namun orang-orang di sekeliling, terutamanya sahabat penulis masih lagi menganggap tulisan penulis bermasalah dan perlu diperbaiki dengan menggunakan buku latihan bergaris.
![]() |
| Buku bergaris. Juga dikenali sebagai "Buku no.5" memandangkan buku tersebut selalu digunakan sewaktu sekolah rendah untuk melatih pelajar menulis dengan betul. |
Akhirnya penulis terpaksa menerima hakikat bahawa gaya tulisan tersebut telah sebati dengan diri penulis. Gaya tulisan tersebut telah menjadi sebahagian daripada identiti penulis yang dapat dikenalpasti oleh sesiapa sahaja, seterusnya menjadikan tulisan tersebut unik memandangkan hanya penulis sahaja yang mampu menulis sedemikian rupa.
Sekian daripada penulis.
Sebelum penulis mengakhiri entri ini, penulis ingin menunjukkan antara contoh tulisan-tulisan tangan ini (tulisan tangan yang ditunjukkan di bawah ini tiada kena-mengena dengan penulis dan hanyalah hiasan semata-mata):










guna buku no.6 tu banyak2 utk menulis ! wahaha .. malangnye , zmn p'sekolahan da tamat .. x gune dahh ..
ReplyDeleteteringat essay BI kau yg kene komplen dengan teacher tu.
ReplyDeleteya..mas idayu lah kawan si penulis yang membantunye menulis semula..hehe
ReplyDelete