The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

18 February 2011

TK, Bio, TK Bio,...

TK: Teknologi Kejuruteraan

Bio: Biologi




Dialog ini mungkin pernah berlaku antara penulis dengan seseorang.

"Belajar bio tu penting pasal kau belajar pasal badan manusia, pasal diri sendiri."

"Belajar TK tu penting pasal boleh meningkatkan taraf hidup manusia."

Itu dulu, sewaktu penulis masih lagi bersekolah di tingkatan lima di SBP Integrasi Jempol (hampir kesemua pelajar menggelarkannya JETS-Jempol Integrated School). Terdapat enam kelas tingkatan lima pada masa itu, tetapi hanya sebuah kelas sahaja milik pelajar aliran teknikal. Yang lain semuanya milik pelajar sains tulen. 

Pada masa itu, penulis memiliki kecenderungan untuk melakukan ulangkaji di tempat lain selain kelas memandangkan keadaan kelas yang dirasakan tidak produktif. Maka dengan itu, penulis seringkali berhijrah ke kelas lain atau ke tempat-tempat lain semata-mata ingin mencari suasana produktif itu dan seringkali juga penulis menemuinya, kebanyakannya di kelas sebelah, kelas sains tulen (entah kenapa boleh jadi begini, penulis tidak tahu). Kadang kala, bila dua aliran bertemu di satu tempat, maka berlakulah apa yang penulis anggap sebagai suatu 'debat' yang agak main-main (menurut pandangan penulis) kerana penulis selalu ditanya mengenai TK (maksud tertera di atas), salah satu subjek kelas teknikal. Dan yang bertanya itu pula kalau didengar gaya percakapannya semacam 'mempersoalkan' subjek TK itu (sedangkan dia hanya main-main sahaja). Maka pelajar Bio itu dan pelajar TK ini pun mulalah ber'debat' mengenai subjek-subjek itu, masing-masing bercerita tentang kelebihan subjek-subjek itu. Tetapi seringkali kami tidak mencapai sebarang keputusan muktamad tentang apa yang kami bincangkan itu. Segalanya hanya tergantung di tengah jalan.

Menurut pendapat penulis, hal ini berlaku kerana kedua-dua subjek itu (Bio dan TK) mempunyai kepentingannya tersendiri dan boleh berhubung antara satu sama lain. Bio berkaitan dengan penciptaan manusia dan alam sekeliling manakala TK pula berkaitan dengan ciptaan manusia dan bagaimana ia memberi kesan kepada alam sekeliling. Kedua-dua subjek itu ada kelebihannya sendiri dan jika digabungkan akan menghasilkan, menurut pandangan penulis, 'TK Bio' (Teknologi Kejuruteraan Biologi-Bioteknologi). Menurut pandangan penulis lagi, kedua-dua subjek ini hanyalah subjek yang diajar di sekolah. Cuma apa yang membuatkannya istimewa adalah tanggapan pelajar mengenai subjek yang diambilnya itu. Setiap pelajar mempunyai tanggapan yang berbeza tentang subjek-subjek itu. Ada yang meminati TK. Ada juga yang meminati Bio. Namun, semua ini bukannya masalah kerana pelajar bebas menentukan apa yang hendak dipelajarinya. Tambahan pula, setiap subjek melengkapi antara satu sama lain. Tanpa Bio, manusia tidak akan mengetahui tentang komposisi dirinya dan alam sekelilingnya. Tanpa TK, manusia tidak akan mampu membuat kajian tentang Bio.

Contohnya, seorang jurutera tidak mampu merawat penyakitnya sendiri tanpa bantuan seorang doktor (Bio). Seorang doktor pula tidak mampu merawat pesakitnya tanpa bantuan jurutera yang mencipta alatan untuk digunakan bagi merawat pesakit (TK). Doktor dan jurutera pula boleh bekerjasama bagi menghasilkan ubat-ubatan bagi merawat penyakit (Bioteknologi).

Secara keseluruhannya, selain menyediakan pilihan kepada pelajar, kedua-dua subjek ini juga merupakan apa yang dikatakan sebagai sebuah fardu kifayah yakni setiap manusia wajib mempelajari sekurang-kurangnya salah satu daripadanya (termasuk juga seni, sastera, pertukangan, dan lain-lain) bagi memastikan kehidupan manusia di dunia ini sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan sejahtera. 


3 comments:

  1. yess2 aq la bdk tu kan.. yg ske sgt debat psl bio&TK..haha,,best2..len kli ktte borak lg psl nio & TK,,pape pn aq skong konklusi akhir kau tu..yup,bio&TK mcm kwn,,yg mmbntu n mlngkpi antre each other..hahaha

    ReplyDelete
  2. Sejuk hati aku blaja kat kelas sebelah, ade je bende & idea yang aku dapat... :)

    ReplyDelete
  3. i like this entry..btol3..mmg daa hukum kat dunia nie..sume nyew saling bergantung antara satu sama lain..

    ReplyDelete