The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

10 February 2011

Mandi Nyanyi






Mandi, salah satu keperluan  paling penting dalam menjaga kebersihan diri. Mandi juga merupakan salah satu cara untuk menyejukkan badan selain merupakan salah satu cara nak lepaskan stress.

Dan bercakap pasal stress, manusia akan melakukan apa sahaja demi melepaskan stress, walaupun ketika mandi. Salah satu daripadanya adalah menyanyi ketika mandi.

Tetapi ada yang berpendapat menyanyi ketika mandi merupakan satu perbuatan yang sia-sia (penulis bersetuju dengan pendapat itu) kerana salah satu sebabnya ialah ia menyebabkan masa mandi seseorang akan menjadi lebih lama, seterusnya menyebabkan masa yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain terbuang begitu sahaja (digunakan untuk mandi yang lama itu). Tetapi seorang pemimpin telah memikirkan tentangnya lebih jauh lagi.


Kenal lelaki ini? Dialah Hugo Chavez, Presiden Venezuela sejak tahun 1999 yang terkenal dengan pelbagai kontroversi seperti mengkritik dasar luar Amerika Syarikat. 

Venezuela telah mengalami gangguan bekalan elektrik yang serius disebabkan oleh kadar pembangunan yang semakin pesat menyebabkan permintaan terhadap bekalan air meningkat seterusnya menyebabkan berlakunya kekurangan air yang diperlukan bagi menjana tenaga elektrik. Dalam usaha untuk menangani masalah kekurangan bekalan air itu, Hugo Chavez telah menasihati rakyatnya agar mengurangkan tempoh mandi harian kepada 3 minit kerana beliau berpendapat 3 minit sudah mencukupi bagi seseorang untuk mandi. Menurut beliau lagi, tempoh mandi yang lama kebanyakannya adalah disebabkan oleh sikap sesetengah orang yang gemar menyanyi ketika mandi. Dan tempoh mandi yang lama itu menyebabkan peningkatan jumlah air yang sepatutnya dapat digunakan demi pembangunan negara.

Tengok, betapa jauhnya pemikiran seorang pemimpin dalam menyelesaikan masalah dalaman negaranya sampaikan perkara sekecil menyanyi ketika mandi pun diambil kiranya sekali. Penulis juga bersetuju dengan nasihatnya itu yang menurut tafsiran penulis bermaksud mandi hanya berkaitan dengan perkara yang perlu dilakukan ketika mandi sahaja tetapi tentang 3 minit itu penulis agak tidak pasti memandangkan setiap orang mandi pada kadar yang berbeza setiap hari.

Tambahan pula, menurut pandangan penulis lagi, menyanyi ketika mandi boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat sekeliling terhadap orang yang mandi itu. Sesetengah anggota masyarakat mungkin akan menganggap bahawa orang yang mandi itu sebenarnya gagal memasuki program realiti televisyen yang  tidak terkira banyaknya pada masa kini. Malah, orang yang mandi itu mungkin akan mendapat gelaran 'Penyanyi bertaraf bilik air' dan bukannnya gelaran bintang seperti dalam program realiti televisyen yang selalu diadakan itu.

No comments:

Post a Comment