The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

7 February 2011

Komputer

Idea ini adalah berdasarkan kaca mata penulis dan tidak menyentuh mana-mana pihak.

Komputer

Komputer ialah sebarang alat, peralatan, atau mesin yang digunakan untuk memproses maklumat, berpandukan kepada prosedur/arahan yang diberikan. Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.

Tapi, penulis bukannya menulis artikel ini untuk memberitahu tentang komponen komputer ataupun fungsi komputer. Tapi tentang tajuk di atas.

Komputer banyak membantu manusia dalam mendapatkan apa jua yang dihajati, seperti mendapatkan sesuatu bantuan.



Sekarang ni banyak aplikasi seperti Facebook, Twitter, dan banyak lagi aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer sekarang ni, seterusnya memberikan kesan yang pelbagai kepada penggunanya. antaranya termasuklah apa yang dinamakan Ketagihan Komputer (Computer Addiction). Ketagihan ini pelbagai. Ada yang ketagihan permainan komputer. Ada yang ketagihan internet. Bila dah ketagih tu, mulalah komputer tu digunakan dengan segila-gilanya, guna sampai tak ingat yang dia sebenarnya sedang menggunakan komputer tu. Ada yang gunakan komputer tanpa henti selama beberapa jam berturut-turut.



Kita selalu mendengar orang mengatakan sebuah kereta adalah seperti seorang manusia. Ia perlu dijaga, digunakan, dan diselenggara dengan baik. Hal yang sama juga berlaku pada komputer. Sesebuah komputer perlu dijaga, digunakan, dan diselenggara dengan baik agar dapat berfungsi secara optimum. Salah satu caranya adalah dengan memberikannya 'rehat' selepas penggunaan selama suatu tempoh tertentu, contohnya setelah dua jam beroperasi dengan mematikannya ataupun dengan menetapkan modnya kepada sleep (tidur). Seperti dalam hukum fizik 'The higher the temperature, the higher the resistance'- Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan (Physics Form 5, Chapter 2-Electricity). Komputer akan menjadi panas setiap kali penggunaan. Kepanasan yang semakn meningkat boleh menyebabkan operasi sesebuah komputer menjadi semakin perlahan dan akhirnya terhenti dan itulah yang begitu sinonim dengan panggilan 'loading', 'jam' ataupun 'computer hang'. Walaupun sesebuah komputer dilengkapi dengan kipas penyejuk, ia hanya berfungsi mengurangkan kadar peningkatan haba yang terhasil dan tidak menghentikan suhu daripada terus meningkat.


Pastikan juga komputer yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan optimum dengan menjalankan beberapa siri imbasan komputer (computer scanning).


Periksa juga bagi mengesan kehadiran virus komputer.



Jika komputer mula menunjukkan tanda-tanda masalah, bawalah komputer anda ke kedai komputer yang bertauliah untuk diperiksa.


Bak kata pepatah 'mencegah lebih baik daripada merawat'. Perkara berikut mungkin akan berlaku pada anda sekiranya langkah-langkah di atas diabaikan.

Bila komputer dah tersangkut tu, mulalah datang ketegangan, stress.


Maka komputer pun terpaksalah mendengar maki hamun penggunanya.



Bila dah terlampau stress tu dan komputer pun dah tidak mahu bekerja lagi untuk kita, maka komputerlah yang menjadi mangsa.


Dalam usaha untuk menurunkan tahap stress, seseorang akan melakukan apa saja yang boleh menurunkan tahap stress tersebut.




Bila komputer dah rosak tu, terpaksalah keluarkan belanja untuk membaiki komputer (perbelanjaan bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan yang dialami)


Penggunaan komputer mampu mempengaruhi kehidupan seharian seorang manusia seperti dalam kes di bawah:


Bila tengah sibuk menggunakan komputer sampai terlupa akan persekitarannya, mulalah seseorang terasa berat untuk melakukan sesuatu walaupun ianya fitrah seorang manusia. 







Sejak tercipta permainan komputer pertama, manusia sentiasa mencari jalan untuk memenuhi kepuasan dalam permainan komputer.




Dalam kes yang lebih kronik.







Tanpa mengira usia.


Penutup: Komputer juga merupakan sebuah dari kalangan beribu-ribu keajaiban ciptaan manusia masa kini yang tidak dapat lari daripada masalah yang disebabkan oleh manusia yang menggunakannya demi keperluan masing-masing. Walaupun komputer pada hakikatnya hanyalah sebuah mesin, komputer juga memerlukan penjagaan yang rapi, sama seperti seorang manusia agar dapat memberikan hanya yang terbaik kepada manusia. Kepada yang sedang menggunakan komputer sekarang ini, baca dan fahamilah apa yang tertulis di atas supaya komputer anda tetap sihat dan tidak mendatangkan masalah kepada anda.











3 comments: