Menurut pandangan penulis, pelajar di asrama boleh dikelompokkan kepada 8 kumpulan iaitu:
- Senior: Kumpulan pelajar yang telah tinggal di asrama selama sekurang-kurangnya melebihi setahun, atau kumpulan pelajar yang lebih tua dari segi fizikal.
- Junior: Kumpulan pelajar yang baru di asrama dan lebih muda secara fizikal.
- Pro-Senior: Kumpulan pelajar yang menyokong tindakan senior secara sebahagian atau keseluruhannya secara sukarela. Selalunya kumpulan pelajar ini mempunyai hubungan rapat dengan senior.
- Pro-Junior: Kumpulan pelajar yang menyokong sebahagian atau keseluruhan tindakan junior secara sukarela. Selalunya kumpulan pelajar ini mempunyai hubungan rapat dengan junior.
- Anti-Senior: Kumpulan pelajar yang menentang sebahagian atau keseluruhan tindakan senior secara sukarela. Selalunya kumpulan pelajar ini terdiri daripada sebahagian senior dan / atau junior yang tidak berpuas hati dengan tindakan senior dalam asrama.
- Anti-Junior: Kumpulan pelajar yang menentang sebahagian atau keseluruhan tindakan junior secara sukarela. Selalunya kumpulan pelajar ini terdiri daripada sebahagian senior dan / atau junior yang tidak berpuas hati dengan tindakan junior di asrama.
- Neutral: Kumpulan pelajar yang terdiri daripada sama ada senior, junior atau kedua-duanya sekali. selalunya kumpulan ini tidak menyebabkan banyak masalah kepada kedua-dua pihak dan sering menjadi tempat rujukan bagi kedua-dua pihak. Meskipun kumpulan ini mempunyai jumlah pelajar yang sedikit, kumpulan ini terdiri daripada antara pelajar yang terbaik dari segi pencapaiannya dalam asrama dan / atau sekolah
- Fleksibel: sesetengah pelajar neutral boleh menjadi sama ada pro-senior, pro-junior, anti-senior, atau anti junior tetapi masih mengekalkan statusnya sebagai sama ada senior atau junior yang memiliki pencapaian terbaik dalam asrama dan / atau sekolah. Selalunya kumpulan ini terdiri daripada pelajar yang mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya.
Konflik mungkin timbul apabila kumpulan-kumpulan pelajar ini, terutamanya senior, cuba mempengaruhi kumpulan-kumpulan pelajar lain, terutama sekali kumpulan neutral. Berdasarkan pemerhatian penulis, kumpulan neutral ini sukar untuk dipengaruhi kerana kebanyakan mereka adalah dari jenis yang bijak mengawal diri dan berupaya berfikir secara rasional.
Oleh itu, adalah penting supaya seseorang pelajar itu dibuat persiapan rapi supaya berupaya mengawal diri ketika tinggal di asrama nanti dan tidak terjebak dalam perkara buruk seperti buli yang kini berleluasa di kebanyakan asrama sekarang ini.

No comments:
Post a Comment