Suatu perasaan di mana segala apa yang berada di sekeliling (seolah-olah) cuba untuk melakukan semacam suatu 'pengambil alihan' terhadap penulis. Dan ia boleh manjadi (hampir) apa sahaja, terutamanya yang berada di dalam pengaruh seseorang dan di luar pengaruh penulis, ataupun dalam (sesetengah daripada) sistem yang kita berada di dalamnya.
Maka adalah sesuatu yang 'OK' jika berunsur positif dan sebaliknya jika negatif.
Tetapi adalah ketikanya juga sesuatu yang (membawa maksud) positif (mungkin pada seseorang dalam pengetahuan penulis atau sebaliknya) boleh jadi sesuatu yang menjadi suatu bentuk 'gangguan' kepada penulis
(perkara negatif yang mendatangkan gangguan kepada penulis adalah sesuatu yang normal), terutamanya ketika masanya penulis memerlukan (atau sedang dalam keadaan) konsentrasi yang tinggi (seperti dalam melakukan tugasan), ataupun dalam masa penulis memerlukan kelapangan selapang-lapangnya (terutamanya waktu rehat). Maka jika berlaku, (boleh jadi) akan berlakulah satu daripada beberapa situasi ini:
- Pemahaman pihak yang berkenaan terhadap situasi penulis lalu mengundur diri.
- Atas dasar sesuatu perkara tertentu (seperti menghormati tetamu atau sebagainya), maka menerima sahaja apa yang disampaikannya (bergantung pada budi bicara sendiri. Kadangkala, berlaku juga penolakan, bergantung pada situasi penulis pada masa itu).
- Suatu langkah (semacam) provokasi (oleh orang yang berkenaan) yang kadangkala menyebabkan penulis merasakan seperti cuba 'diambil alih' oleh orang yang berkenaan (selalunya dalam bab promoter di sesuatu kedai atau expo).
Dan adakalanya terpakai juga cara ini dalam usaha untuk 'melayan' kerenah rakan-rakan (atau sesiapa sahaja) yang cuba menimbulkan suatu bentuk 'gangguan' yang mengalihkan tumpuan penulis dengan tidak menunjukkan sebarang respond serta emosi dan fokus terhadap kerja yang dilakukan. Maka dengan itu, secara tidak langsung (boleh jadi) mereka itulah pula yang merasakan 'gangguan' secara tidak langsung dari respond penulis itu.
Maka adalah itu sebahagian daripada cara penulis menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.


No comments:
Post a Comment