げつようび (Isnin)
Maka mulai tarikh tersebut, akam bermula apa yang boleh dikatakan sebagai sebuah proses 'pembelajaran sebenar', di mana penulis akan menghadiri kelas harian biasa yang terdiri daripada subjek-subjek berikut:
- Physics
- Chemistry
- English
- Mathematics
- Bahasa Jepun
Maka dengan itu juga, beban pelajaran penulis dijangka akan semakin bertambah. Bermula dari kerja-kerja daripada subjek-subjek lain sehinggalah shukudai (しゅくだい - kerja rumah - homework), proses hafalan goi (ごい - Perbendaharaan Kata - Vocabulary), hinggalah proses hafalan Kanji (かんじ). dengan segala kuiz (クイズ) dan juga ujian (テスト), dan juga peperiksaan pertengahan dan akhir setiap semester (4 semester, 8 peperiksaan, dan entah berapa banyak kuiz dan ujian yang wajib diambil).
(Maka penulis hampir hilang semangat dibuatnya)
Maka terpaksalah penulis menghadapinya dengan baki semangat yang ada, dengan tambahan segala bantuan yang boleh penulis cari, secara jasmani, rohani, emosi, dan juga intelek (JERI).
![]() | |
| Ilustrasi semangat penulis (bukan gambar sebenar) |


No comments:
Post a Comment