![]() |
| Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya (マラヤ 大学 の AAJ) |
Maka sekarang, penulis berada di sini dalam usaha penulis untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Dalam kes ini, ke Jepun dibawah tajaan JPA)
19 Mei 2011. Maka mulai tarikh tersebut, selama 2 tahun, penulis terpaksa bekerja keras untuk mempelajari bahasa Jepun yang bakal menjadi bahasa rasmi penulis yang ke-4 (Selepas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,dan Bahasa Arab). Maka dengan itu, penulis terpaksa berhempas pulas mempelajari bentuk dan huruf baru (Hiragana, Katakana, dan Kanji) yang terdapat dalam bahasa ini yang bagi penulis agak sukar memandangkan penulis ini agak lemah dalam sesetengah perkara (seperti bahasa dan pengiraan), tetapi memiliki kelebihan dalam perkara lain pula (terutamanya yang melibatkan penggunaan peralatan dan mesin).
Tetapi, walau sesukar mana pun, penulis akan tetap terus mempelajari bahasa ini berbekalkan keyakinan pada diri dan juga sokongan daripada pelbagai pihak, terutamanya keluarga penulis.
Dan juga pemberitahuan bahawa ruangan blog penulis ini mungkin akan terus 'berhabuk' memandangkan kesibukan penulis dalam pelajaran sehinggakan tiada masa untuk menulis entri baru. Segala kesulitan amatlah dikesali.
| Sebahagian daripada buku yang digunakan penulis untuk mempelajari bahasa Jepun. Kiri: Model Stesen Angkasa Mir milik penulis. |
| Nama penulis dalam tulisan Katakana: Hafizu. |
| Pengaruh Jepun yang dapat dilihat di pusat pengajian. |
| Suasana di dalam kelas pengajian. |
| Plak peringatan di luar dewan kuliah. |


amirul hafiz,jaga diri baik2..
ReplyDeleteingat al-quran slalu walau kt mana kt brada
http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/2011/06/ujian-allah-sediakan.html
macam mana la tulisan jepun kau ek. rumi pun dah macam roman. haha
ReplyDelete