The Writer

My photo
Representative of Devlet-i 'Aliyye-i Ilinsaiyye at Japan

14 April 2012

Lukisan 3

Maka adalah penulis akan mula melukis apabila mengalami situasi (seperti kehabisan idea sewaktu melakukan tugasan, atau sewaktu datang idea untuk melukis sesuatu walaupun sewaktu melakukan tugasan).

Tapi selalunya hanyalah melibatkan pemandangan sahaja.

Maka adalah satu perkembangan terbaru dalam bidang pelukisan penulis apabila penulis mula mempelajari cara melukis humanoid (bentuk manusia) secara serius.

Yang di atas kanan itu.


Maka setelah banyak melihat rancangan anime (dengan tujuan asal untuk membiasakan diri dengan Bahasa Jepun), ditambah pula dengan rakan-rakan RPKJ penulis yang kebanyakannya (boleh dikatakan) pakar dalam melukis figura berorientasikan anime, maka penulis membuat keputusan untuk (belajar) melukis sedemikian.

Maka adalah ia satu permulaan ringkas seperti ini.



Maka adalah masa itu penulis sedang melakukan tugasan (pemahaman Bahasa Jepun), dan 'tersekat' di suatu bahagian. Maka sudah tersekat itu, penulis mula melukis bentuk asas badan figura itu (gambar) untuk mendapatkan perspektif asas bagi lukisan itu.

Entah macam mana, penulis mula mengambil serius hal ini dan akhirnya penulis mengambil sehelai kertas A4 dan mula menghasilkan ini.

Di tepi kanan itu tertulis イリンサイッイェ (Irinsaiyye - Ilinsaiyye)

Maka komen dari seorang rakan penulis:

"Background cantik. Tapi orang tu...".

Maka dibuat pemerhatian semula dan barulah penulis sedar. Masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan pada figura itu (seperti saiz dan struktur anggota badan yang agak tidak realistik).

Maka kembali ke meja dan penulis mula mengerjakan hasil yang baru, dengan bantuan lukisan rakan penulis dan juga gambar-gambar dalam koleksi fail penulis (walaupun hakikatnya kebanyakan gambar penulis tiada kaitan dengan anime tetapi merupakan gambar tentera Soviet yang sedang berkawad, dan sebenarnya secara tidak langsung telah mempengaruhi penghasilan lukisan ini), dan mula mengambil kira kesemua aspek yang menjadikan sesebuah lukisan itu serealistik yang mungkin.


Secara jujurnya, bahagian muka adalah yang antara yang paling sukar untuk dilukis (menurut pandangan penulis) memandangkan ketelitian  perincian yang diperlukan sangat tinggi bagi menggambarkan ekspresi, perasaan figura itu, selain ingin mendapatkan nisbah saiz setiap anggota yang dilukis.

Dan akhirnya menjadi ini (walaupun sebenarnya didapati tidak menjadi, tetapi merupakan percubaan penulis yang terbaik setakat ini).



Tentang lukisan itu:

  • Merupakan percubaan penulis (secara serius) untuk menghasilkan bentuk humanoid.
  • Pemuda dalam lingkungan 20-an dan berketinggian antara 160 ~ 180 cm.
  • Lukisan itu (secara umumnya) menunjukkan seorang anggota tentera (spesifiknya: Angkatan Bersenjata Ilinsaiyye) dengan uniform rasminya.
  • Uniform dengan rekaan sebegitu merupakan uniform rasmi yang diwartakan kepada seluruh penduduk Ilinsaiyye dan perlu dipakai ketika menghadiri sebarang majlis rasmi.
Dan penulis tidak berhenti sekadar di sini sahaja. Buat masa sekarang penulis (masih lagi) sedang dalam proses pembelajaran dalam bab ini (lukisan figura) sama ada dengan bantuan rakan-rakan penulis ataupun secara pemerhatian sendiri.

Maka sambungan entri, Klik di sini.

1 comment:

  1. 2001 Mercury Mountaineer AC Compressor
    I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.

    ReplyDelete