Dalam kesibukan penulis dengan segala macam perkara di AAJ ini, kadangkala penulis terpaksa melupakan (lebih tepat lagi, mengurangkan) seketika apa yang berada dalam kategori 'Minat Penulis' seperti model pesawat, blog, dan lain-lain dan meningkatkan lagi 'Akademik' (Pelajaran) serta 'Kekuatan' (Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek).
Maka dalam masa itu juga pelbagai jenis gangguan berlaku pada penulis.
Kerja yang berlambak
Kesukaran memahami apa yang disampaikan oleh pengajar (ditambah pula dengan bahasa yang digunakan dalam pengajaran subjek)
Facebook? Sudah semestinya!
Permainan (video, komputer, dan lain-lain)
...dam juga gangguan-gangguan lain yang menimpa penulis (termasuklah juga gangguan kesihatan yang semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini).
Maka 2 minggu dari sekarang juga, peperiksaan pertengahan semester 2 akan berlangsung, menambahkan lagi potensi untuk 'diganggu' sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
No comments:
Post a Comment